Pecah Amanah : Suami Isteri Dipenjara 8 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan sepasang suami isteri menjalani hukuman penjara selama lapan tahun bermula Isnin, selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan nilai RM424,389.53.

Hakim Noradidah Ahmad yang menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Hew Kun Loon, 38, dan isterinya, Chong Siu Ling, 43, yang berasal dari Jalan Jenjarum, Rawang, dekat sini turut memerintahkan supaya Kun Loon disebat sebanyak tiga kali.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan 10 saksi pendakwaan manakala dalam pembelaan tertuduh, pasangan yang diwakili peguam Peter Siew memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Siu Ling didakwa melakukan pecah amanah terhadap 18 keping cek syarikat TP Indah Sdn Bhd semasa dia menjawat jawatan setiausaha di syarikat terbabit dengan memindahkan wang kepunyaan syarikat ke dalam akaun milik Kun Loon.

Wang yang berjumlah RM424,389.53 itu didakwa dipindahkan ke dalam dua akaun, iaitu akaun di Bank Oriental (yang kini dikenali sebagai Bank Eon) cawangan Taman Cheras Indah, di sini dan Public Bank di Bukit Beruntung, Rawang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 8 pagi dan 5 petang, 10 September 1998 dan 8 Jun 2000 di pejabat syarikat yang beralamat di nombor 21A, Tingkat 1, Jalan Emas, Taman Emas, Batu 9, Cheras, dekat sini.

Sementara itu, Kun Loon yang merupakan seorang jurujual pula didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan Siu Ling untuk melakukan pecah amanah tersebut.

Pasangan terbabit ditangkap pada 7 Jun 2001, iaitu dua hari selepas pemilik syarikat, Ng Chai Fatt membuat laporan polis.

Mereka didakwa di mahkamah kali pertama pada 2 Ogos 2002.

Terdahulu, Peter memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan terhadap tertuduh dengan alasan kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Pasangan ini mempunyai tiga orang anak berusia antara 11 dan empat tahun. Tertuduh kedua (Siu Ling) diperlukan untuk menjaga anak-anak yang masih muda. Oleh itu, saya mohon hukuman yang serendah-rendahnya,” kata Peter.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Dr A. Vasu memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh telah menyebabkan pemilik syarikat mengalami kerugian.

“Walaupun pihak pendakwaan bersimpati dengan tertuduh tetapi undang-undang harus dipelihara,” katanya.

Pada prosiding sama, Azwarinda membenarkan permohonan Peter untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh yang akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Beliau menetapkan supaya jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin ke atas setiap tertuduh dinaikkan menjadi RM25,000 bagi tujuan penanggguhan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan