Empat Remaja Didakwa Merogol

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Empat remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin, atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua yang didakwa dilakukan di tepi kawasan sawah, dua minggu lalu.

Mereka yang dituduh ialah Mohamad Nazri Mat Juni, 21, Mohamad Alif Ahmad Sumenil, 21, Mohamad Farezzul Mahat, 22, dan Mohammad Farkhan Mohd Nor, 19 tahun.

Kesemua mereka didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun dua bulan pada antara pukul 4 dan 5 pagi, 18 Disember lalu di Sekinchan, Sabak Bernam, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin mengikut Seksyen 376(i) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Aimi Syazwani menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh atas alasan kesalahan yang terlibat adalah serius selain tertuduh dan mangsa saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

Hakim Sarimah Hashim selepas mempertimbangkan rayuan tertuduh menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan syarat tambahan semua tertuduh tidak menganggu mangsa.

Beliau turut menetapkan 28 Januari depan sebagai sebutan semula kes untuk tertuduh melantik peguam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan