Empat Lelaki Taiwan Terlepas Daripada Tuduhan Edar Dadah

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Empat lelaki rakyat Taiwan terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini, pada Isnin melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar dadah jenis nimetazepam seberat 43,033 gram, Mac tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman M. Gunalan membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan kesemua tertuduh, Chung Sheng Wen, 37, Chang Yen Min, 36, Chang Yun Sheng, 32, dan Wu Sheng Yuan, 32, yang berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Keempat-empat mereka didakwa melakukan kesalahan secara bersama itu di sebuah kilang beralamat nombor 12, Jalan Angkasa Emas 6, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, di sini, kira-kira pukul 5.30 pagi, 22 Mac 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu merupakan pertuduhan pindaan selepas kesemua mereka pada 3 April tahun lepas dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, atas kesalahan mengedar sejumlah 1,439 kilogram dadah jenis Eramin 5, di kilang itu pada tarikh dan waktu yang sama.

Pendakwaan kes yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar hari ini memberitahu mahkamah bahawa kesemua tertuduh yang ditahan di kilang berkenaan terbabit dalam memproses dan mengedar dadah berkenaan.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Naran Singh dan G.K. Sritharan berkata ketika serbuan terhadap kilang berkenaan dilakukan, kesemua tertuduh berada di tingkat atas bangunan dan tidak mengetahui sebarang aktiviti yang berlaku di bahagian bawah kilang.

"Pihak pendakwaan hanya bergantung kepada sesetengah bukti sahaja. Selain itu, tiada bukti khusus yang boleh mengaitkan mereka terlibat secara langsung dengan kegiatan pemprosesan dadah atau mengetahui tentang perkara itu," katanya.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga gagal memanggil saksi utama iaitu pengawal keselamatan dan penyewa bangunan berkenaan untuk memberikan keterangan.

Gunalan dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan gagal membuktikan penglibatan tertuduh dalam kes berkenaan.

"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kesemua tertuduh berada di kilang berkenaan tetapi gagal membuktikan bahawa mereka terlibat dengan kegiatan memproses dadah berkenaan.

"Mereka juga gagal membuktikan penglibatan tertuduh secara langsung dalam memiliki peralatan dan bahan bukti yang dirampas daripada premis berkenaan. Oleh itu, kesemua tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan