Penjaga Lembu Didakwa Merogol

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ngeri kerana beranggapan dia baru dihukum penjara selama 20 tahun menyebabkan seorang penjaga lembu menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Walhal, prosiding mahkamah adalah untuk dibacakan pertuduhan bagi merekodkan pengakuan tertuduh, Kevin yang berasal dari Medan, Indonesia.

Tertuduh yang berusia 21 tahun itu pada mulanya kelihatan tenang, sehinggalah jurubahasa mahkamah menerangkan hukuman maksimum bagi kesalahan merogol yang dipertuduhkan terhadapnya.

Secara tiba-tiba, Kevin terus menekup mukanya dan menangis sambil mengeleng-gelengkan kepala seolah-olah tidak percaya dia terpaksa meringkuk di penjara untuk tempoh yang begitu panjang.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob cuba menenangkan tertuduh dengan menerangkan prosuder mahkamah.

"Kamu baru dituduh, masih belum dihukum. Jika mengaku salah, barulah hukuman akan dijatuhkan," katanya.

Bagaimanapun, Kevin masih tetap mengulang-ulangkan perkataan '20 tahun'.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Noora NIsa Ngadirin kemudiannya bangun dan memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh sebutan baru bagi membolehkan seorang jurubahasa Indonesia dipanggil.

Wan Mohd Norisham yang merekodkan bahawa tertuduh tidak memberikan pengakuan menetapkan 19 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Kevin didakwa merogol seorang pelajar berusia 14 tahun tujuh bulan pada antara pukul 4.30 dan 5.30 petang, 5 Disember lalu di bilik nombor 14, Hotel Business, Seksyen 22, di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Lelaki bertubuh kurus itu juga menghadapi pertuduhan kedua, iaitu melakukan seks oral dengan mangsa yang sama pada masa dan di tempat yang sama.

Hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan mengikut Seksyen 377B kanun sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun, dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Dia yang bekerja di Sepang, dekat sini ditangkap pada 6 Disember lalu selepas mangsa membuat laporan polis.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan