Penganggur Didakwa Atas Tiga Pertuduhan Cuba Membunuh Tiga Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat terhadap tiga pertuduhan cubaan membunuh tiga lelaki bersenjatakan pistol, bulan lepas.

Mengikut pertuduhan, M. Sures, 31, dari Taman Setapak Jaya didakwa cuba membunuh dengan niat melepaskan tembakan terhadap T. Anthani Raj, 26, S. Genesharen, 21, dan V. Senivasan, 30, dengan menggunakan senjata api jenis Kaliber .25 Automatic Colt Pistol (ACP)/6.35 Browning.

Akibat tembakan itu, Anthani mengalami kecederaan pada kaki kanan, Genesharen cedera paha kanan manakala Senivasan mengalami kecederaan pada perut.

Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di No 72 Estana Criis Club, Jalan Sultan Ismail, Dang Wangi di sini pada 3 pagi, 16 Nov lepas.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Laila Lateh memohon supaya tertuduh tidak dikenakan sebarang jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

"Kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh melibatkan tiga mangsa dan tertuduh menggunakan pistol sebagai senjata api... jika tertuduh diikat jamin kemungkinan dia akan mengganggu saksi pendakwaan.

"Dia juga dikehendaki oleh pihak polis bagi tuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam pada 2005," katanya.

Peguam Tina Ong yang mewakili Sures merayu agar mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin kerana tertuduh menjaga ibunya memandangkan adik-beradiknya sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan masing-masing.

"Penjelasan pihak pendakwaan bahawa tertuduh tidak boleh dijamin kerana dikehendaki polis tidak boleh dijadikan alasan kerana kes tersebut masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Sures turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan sementara kepada pegawai polis untuk pemeriksaan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Peraturan 7 (1) dan boleh dihukum mengikut Peraturan 25 (1) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda minimum RM3,000, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Kamar Jamaludin kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Jan depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan