Pembantu Ronnie Liu Bebas Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu, Wong Chuan How dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan RM5,000, awal tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes melangkaui keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Wong, 51, didakwa melakukan pecah amanah RM5,000 dalam bentuk cek CIMB Bank Salak Tinggi di Pejabat Daerah Sepang, Sepang pada 19 Februari 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan