Bangladesh Bawa Teksi Sapu Sogok Anggota JPJ Dihukum

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gara-gara mahu mengelakkan kereta yang dijadikan teksi sapu disita, seorang warga Bangladesh terjebak dalam kesalahan yang lebih berat apabila memberi rasuah kepada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lima bulan lalu.

Md Masba, 35, menyogok wang tunai RM250 kepada Pembantu Penguatkuasa JPJ, Sulaiman Mohd Saad selepas kereta Proton Wira miliknya BEB 7408 yang membawa empat pelancong asing ditahan dalam operasi JPJ.

Pada Khamis, dia yang telah menetap di negara ini selama 10 tahun dan bekerja sebagai seorang juruteknik dijatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM9,500 atau enam bulan penjara jika gagal selepas mengaku salah melakukan perbuatan tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh memerintahkan supaya hukuman bermula daripada tarikh hukuman dijatuhkan.

Masba didakwa memberi suapan itu pada pukul 2.45 pagi, 15 Julai lalu di Jalan KLIA S6, Terminal Lapangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, dekat sini.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak menahan dan menyita kereta Wira tersebut yang telah didaftarkan atas namanya yang digunakan sebagai kenderaan perkhidmatan awam.

Perbuatan tertuduh merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 33 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tidak melebihi setahun, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohd Hanafi Abd Rahim.

Tertuduh menerusi peguam Tan Wee Yee memohon supaya mahakmah menjatuhkan hukuman yang ringan ke atasnya.

“Tertuduh mempunyai seorang isteri dan anak lelaki di negara ini. Kesalahan pada hari ini juga merupakan kesalahan pertama di Malaysia,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan