Tukang Cat Mengedar Dadah Dihukum Mati - Berita Mahkamah | mStar

Tukang Cat Mengedar Dadah Dihukum Mati

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kelakuan tenang seorang tukang cat menerima hukuman mati tidak berkekalan apabila dia bertindak menendang kamera jurugambar yang merakamkan wajahnya di luar Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.

Bagaimanapun, tindakan Tuay Boon Wee, 40, tidak mendatangkan kecederaan memandangkan dia digari dan dikawal oleh anggota polis mahkamah.

Terdahulu, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman tersebut selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan mengedar dadah yang dihadapi tertuduh melangkaui keraguan yang munasabah.

Beliau pada penghakimannya menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa dia hanya menghantar ganja seberat 9144 gram untuk seorang rakan, Tan Say Heong dengan bayaran upah RM200.

Selain itu, tertuduh juga mendakwa dia tidak bertanyakan mengenai isi kandungan barangan yang dibungkus dalam beg plastik sampah hitam.

Justeru itu, peguam yang mewakili tertuduh, V.Ayasamy dan K.Renuka menghujahkan wujud kelompangan dalam kes pendakwaan ekoran kegagalan memanggil Tan.

Bagaimanapun, Mohtarudin menolak hujahan tersebut.

“Sekalipun Tan dipanggil, sudah pasti dia tidak akan memberikan keterangan yang akan menyokong tertuduh.

“Saya dapati pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan dan dengan ini, tertuduh disabitkan bersalah,” tambahnya.

Tuay didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 9 malam, 8 April 2008 di hadapan Restoran Xin Mei, nombor 13, Tingkat Bawah, Vista Shop Lot, Damansara Damai, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan