Bekas Pengurus Kanan Sime Darby Engineering Dituduh Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Sdn Bhd, Mazhaniz Jamaludin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas tuduhan menerima suapan RM200,000 sebagai dorongan untuk mnecadangkan dan mengesahkan pembayaran yang bernilai USD134.2 juta, dua tahun lalu.

Mazhaniz, 36, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang direkodkan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Tertuduh didakwa memperoleh suapan tersebut daripada pemilik Syarikat MLC Shipbuildings Sdn Bhd, Redzuan Goh Mohammed Karian yang didakwa sebagai upah untuk mencadangkan syarikat itu untuk mendapatkan kontrak ‘construction sale of one (1) unit 75m (wartsila 8000bhp) dan Anchor Handling Tug/Supply Vessel Hull.

Mazhaniz turut menghadapi tuduhan kedua, iaitu didakwa mengesahkan bayaran tertentu untuk pembinaan tiga kapal. Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik mesyuarat MLC Shipbuildings di Megan Aveneu 1, Blok C, 6-1, antara pukul 1.25 dan 5 petang, 31 Disember 2008.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili tertuduh memohon supaya mahkamah dapat mempertimbangkan jaminan RM20,000 yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan atas alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama semasa siasatan dijalankan. Shamsul manambah, anak guamnya telah diseksa dalam proses siasatan.

“Anak guam saya mendakwa telah dibogelkan dalam keadaan mata ditutup manakala sebelah kaki diangkat selain terdapat beberapa seksaan yang lain,” katanya.

Kevin membidas dakwaan tersebut dan mempersoalkan mengapa tertuduh menimbulkan perkara tersebut memandangkan tertuduh telah dibebaskan sejak Jun lalu.

“Tertuduh mempunyai masa selama enam bulan untuk membuat laporan polis mengenai dakwaan tersebut,” tambah Kevin.

Rozilah menetapkan jaminan tertuduh pada jumlah RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 7 Januari depan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan