Pengurus Kilang Rasuah Penolong Pegawai KPDNKK Di Penjara, Denda

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pengurus kilang dihukum penjara selama sehari dan denda RM19,000 kerana memberi rasuah kepada seorang Penolong Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh pada Selasa, membuat keputusan itu terhadap Eu Wee Siang, 27, yang mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut.

Tertuduh didakwa memberi rasuah tersebut kepada Nazrul Hisham Hamudi yang berkhidmat di Putrajaya, dekat sini pada pukul 1.25 petang, 30 Disember 2009 di premis Wee Siang Trading, Batu 11, Jalan Klang Banting, Telok Panglima Garang, dekat sini.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk Nazrul Hisham tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana telah menjalankan perniagaan gas tanpa lesen dan memindahkan gas PLPG pengguna kepada tong industri yang merupakan satu kesalahan mengikut Akta Bekalan 1961.

Peguam Nurul Aeir Muhammad Harvian Kamar memohon mahkamah memberikan hukuman yang ringan dengan mempertimbangkan faktor bahawa tertuduh masih muda dan merupakan pesalah kali pertama.

"Tertuduh kini tidak lagi bekerja kerana kilang tempat dia mencari nafkah sebelum ini telah ditutup. Tertuduh juga telah insaf dengan kesalahan yang dilakukan dan amat menyesal," tambahnya. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Hung Heng Hong memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada teruduh yang berasal dari Telok Panglima Garang itu.

"Tertuduh seharusnya memikirkan akibat daripada perbuatannya sebelum melakukan kesalahan seperti ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan