Mahkamah Tolak Rayuan Pegawai Polis, Hukuman Lebih Berat Dikenakan

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi menolak rayuan seorang pegawai polis untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 14 hari dan denda RM25,000 bagi kesalahan rasuah, malahan mengenakan hukuman lebih berat terhadapnya.

Hakim Datuk Abd Rahim Uda yang nyata kesal dengan perbuatan pegawai polis itu berkata rasuah umpama sakit kanser yang amat berbahaya dan jika dibiarkan boleh menyebabkan runtuhnya sebuah negara.

"Bukan sahaja dalam Islam, tetapi agama lain juga mengharamkan rasuah kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa, tetapi juga orang lain dan jika dibiarkan boleh menyebabkan runtuhnya struktur masyarakat," katanya.

Katanya sebagai pegawai polis, tertuduh seharusnya menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab dan harus sedar bahawa rasuah merupakan satu kesalahan yang serius, namun beliau tidak nampak tertuduh kesal dengan kesalahan yang dilakukannya itu.

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman lebih berat iaitu penjara dua tahun dan denda RM25,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayarnya terhadap Deputi Supritendan Nordin Ahmad, 52.

Hakim Abd Rahim membuat keputusan itu setelah selesai mendengar penghujahan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee dan peguam yang mewakili perayu, Maanor Yusoff.

Pada 25 April lalu, Nordin dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kemaman mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575).

Dia didapati bersalah melakukan rasuah pada kira-kira 8.05 malam, 23 Oktober 2005 di sebuah rumah di Flat Kampung Fikri, Kemaman ketika beliau bertugas sebagai pegawai polis berpangkat DSP di Bahagian Tahanan Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Dia dituduh telah memproleh secara rasuah satu suapan bernilai RM5,000 daripada Mohd Nizam Abd Hamid sebagai balasan membantu mengeluarkan Mohd Nizam dari tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam kepada perintah buang daerah di Kemaman.

Terdahulu, Ng dalam hujahnya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat ke atas Nordin kerana kes itu melibatkan kepentingan awam ditambah lagi dengan faktor tertuduh merupakan seorang penjawat awam.

Katanya, kerajaan amat serius dalam menangani masalah rasuah dan sehubungan itu amat wajar jika tertuduh dijatuhi hukuman berat bagi membanteras gejala itu sekaligus memberi pengajaran kepada penjawat awam lain.

Bagaimanapun, Maanor meminta mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan terhadap anak guamnya memandangkan dia telahpun menerima hukuman yang setimpal termasuk disisih anggota keluarga dan hilang punca pendapatan selain menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan