Peguam Lepas Bebas Tuduhan Tidak Isytihar Harta

Diterbitkan: Isnin, 20 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peguam daripada sebuah firma guaman terkemuka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan gagal mematuhi notis untuk mendedahkan segala maklumat mengenai hartanya oleh Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.

Hakim Abu Bakar Kartar membuat keputusan untuk membebaskan Rosli Dahlan, 49, tanpa memanggil beliau untuk membela diri atas tuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Pada penghakiman, Abu Bakar mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa seorang Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Anthony Kevin Morais mempunyai alasan yang munasabah untuk Rosli mengisytiharkan hartanya.

Beliau juga mendapati, pihak pendakwaan juga gagal untuk membuktikan bahawa Rosli telah dengan segaja untuk mengingkari notis yang mengarahkan beliau untuk berbuat demikian.

Selain itu, beliau juga mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan Rosli adalah rakan sekutu Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yussuf, yang dikatakan kawan dan salah seorang anak guamnya.

Sebelum ini, Rosli didakwa telah menerima notis seperti yang dikhendaki oleh Kevin Morais di bawah Seksyen 32(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bertarikh 17 Julai 2007, supaya memberikan pernyataan yang benar dan mendedahkan segala maklumat yang diketahui olehnya.

Maklumat yang perlu didedahkan secara bertulis dengan bersumpah atau berikrar ialah berkenaan harta alih atau tidak alih yang dimiliki oleh Rosli atau harta yang beliau mempunyai kepentingan atau segala punca pendapatan, perolehan atau asetnya.

Bagaimanapun, beliau didakwa telah dengan segaja tidak mematuhi terma-terma notis itu dalam penyetaan bersumpahnya bertarikh 20 September 2007, apabila tidak mendedahkan maklumat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Ibu Pejabat Pencegahan Rasuah di Putrajaya pada 21 September 2007.

Pendakwaan terhadap Rosli dilakukan mengikut Seksyen 32(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Rosli didakwa kali pertama di mahkamah pada 12 Oktober 2007, iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semasa itu, beliau mendakwa pendakwaan tersebut sebagai sengaja untuk mengaibkannya dan memalukan beliau untuk berhadapan dengan orang ramai ketika ke masjid untuk menunaikan sembahyang raya.

Sementara itu, Rosli semasa ditemui menyambut baik keputusan tersebut, yang diraikan bersama ahli keluarga yang berada di galeri awam mahkamah.

“Saya benar-benar tidak bersalah dan keadilan telah dilaksanakan hari ini,” katanya yang diwakili oleh peguam Datuk K.Kumaraendran.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Zulkarnain Hassan memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan