Pengarah Syarikat Hadapi 46 Tuduhan Tipu Affin Bank RM99 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 17 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah sebuah syarikat dagangan mengaku tidak bersalah terhadap 46 tuduhan menipu Affin Bank Berhad melibatkan RM99.1 juta dalam urus niaga petroleum dua tahun lepas.

Yahya Mohd Khalid, 53, dari Kuala Lumpur, didakwa menggunakan empat dokumen palsu sebagai tulen termasuk invois serta e-mel pembelian petroleum daripada Malaysian International Shipping Corporation (MISC) dalam memperdayakan bank itu untuk mengeluarkan "banker's acceptance" kepada syarikat Market Asia Link Sdn Bhd.

Akibat daripada itu, bank itu telah meluluskan permohonan daripada Yahya di antara RM1 juta dan RM2.9 juta bagi tempoh antara Oktober dan November 2008.

Yahya didakwa melakukan kesalahan itu di Trade Finance Centre, Affin Bank Berhad, Tingkat 2, Menara Affin Bank, Jalan Raja Chulan.

Kesemua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 420 yang membawa hukuman penjara satu tahun sehingga 10 tahun serta denda, jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya Nuur Fakhizaa Abu Bakar, yang mencadangkan mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM2 juta dengan seorang penjamin, berkata jumlah itu munasabah memandangkan dakwaan itu melibatkan jumlah yang besar.

Peguam Rajinder Singh memberitahu mahkamah bahawa jumlah itu terlalu tinggi memandangkan Yahya telah bekerjasama dengan polis serta telahpun menyerahkan pasportnya.

Beliau mencadangkan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua orang penjamin memandangkan anak guamnya sedang menghadapi beberapa tindakan sivil yang lain oleh Affin Bank serta MISC.

Hakim S. M. Komathy Suppiah menetapkan jaminan RM2 juta dengan dua orang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan mengarahkan Yahya melaporkan diri di balai polis sebulan sekali pada setiap minggu pertama.

Bagaimanapun, Komathy mengarahkan penjamin hanya perlu mendepositkan RM300,000 untuk tujuan jaminan.

Dua anak lelaki Yahya berumur 23 dan 25, telah membayar wang jaminan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan