Warga Iran Dakwa Mencuri Kerana Mahu Pulang Ke Negara Asal - Berita Mahkamah | mStar

Warga Iran Dakwa Mencuri Kerana Mahu Pulang Ke Negara Asal

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terdesak mahu mendapatkan wang segera untuk membeli tiket penerbangan pulang ke kampung halaman menyebabkan seorang lelaki warga Iran mengambil jalan singkat dengan mencuri.

Bagaimanapun, perbuatan Ali Kermani Habibollah, 33, memasukkan dua unit pemacu cakera keras ke dalam bajunya disedari oleh pemilik kedai menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai tersebut.

Pada Rabu, dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencuri dua unit pemacu cakera keras berukuran 2.5 inci berjenama Samsung milik Viewnet Computer System Sdn. Bhd. di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, di sini pada 2 Disember lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam S.Suresh memberitahu, tertuduh melakukan kesalahan tersebut selepas mengalami kesempitan wang untuk membeli tiket penerbangan dirinya, isteri dan dua orang anak.

Beliau juga merayu supaya hukuman terhadap tertuduh dapat disegerakan memandangkan visa tertuduh hampir tamat tempoh.

Majistret Siti Shakirah Moktarudin memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama sehari dan membayar denda RM1,000 bagi kesalahan tersebut.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan