Rasuah: Bekas Sarjan Dihukum Penjara, Denda

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini Khamis, memerintahkan seorang bekas Sarjan menjalani hukuman penjara selama tiga tahun selepas disabitkan bersalah atas dua pertuduhan rasuah.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu terhadap Tuan Hussain Tuan Ismail, 52, selepas mendapati pembelaan yang dikemukakannya gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Justeru itu, beliau memerintahkan tertuduh dihukum penjara tiga tahun bermula Khamis dan menjelaskan denda RM10,000 atau enam bulan penjara bagi kesalahan meminta rasuah.

Manakala, bagi kesalahan menerima rasuah pula, Azhaniz Teh menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 atau 12 bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Hukuman tersebut diarahkan untuk berjalan serentak, tetapi Azhaniz Teh membenarkan permohonan tertuduh untuk menggantungkan pelaksanaan hukuman penjara kerana berhasrat untuk memfailkan rayuan.

Tuan Hussain didakwa meminta suapan RM1,000 daripada seorang ahli perniagaan, V.Lohanathan pada pukul 1 petang, 15 November 2006 di Balai Polis Pelabuhan Klang, dekat sini.

Dia juga didakwa atas tuduhan menerima suapan RM4,000 daripada individu sama pada pukul 4.30 petang, pada tarikh dan di tempat yang sama.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh yang bertugas di balai tersebut membebaskan dan menyelesaikan kes terhadap P.Vikinesvaran yang ditahan kerana disyaki memiliki kereta curi.

Pertuduhan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 10 (a)(b)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Zainal Ayob manakala tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussin.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan