Penganggur Dakwa Mangsa Rogol ‘Budak Liar’

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penganggur memberitahu Mahkamah Sesyen di sini Khamis, bahawa mangsa rogol di dalam pertuduhan terhadapnya adalah seorang ‘budak liar’.

Mohd Zuraimi Mohd Zainal, 24, mengeluarkan kenyataan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Hasbi kemudiannya menerangkan bahawa perbuatan tertuduh masih dianggap sebagai jenayah rogol memandangkan mangsa yang berusia 16 tahun dianggap sebagai remaja di bawah umur.

““Kalau dia liar sekalipun, itu tetap satu kesalahan di bawah undang-undang negara kita,” tambah Hasbi.

Tertuduh yang bertubuh kurus dan bercermin mata selepas mendengar penjelasan itu memohon dirinya dibicarakan atas pertuduhan itu.

“Kalau macam itu, saya tak mahu mengaku salah. Saya ini pun dah lelaki ke berapa...,” tambahnya.

Tertuduh didakwa atas tuduhan merogol mangsa pada sekitar Ogos lalu, pukul 11 pagi di sebuah rumah di Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hasbi mengekalkan jaminan RM12,000 yang ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum dan menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh tidak menghubungi atau menganggu mangsa.

Kes akan disebut semula pada 27 Disember ini untuk lantikan peguam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan