Bekas Timbalan KP Imigresen Bersalah Terhadap 14 Pertuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China, dua tahun lepas.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu di akhir kes pembelaan.

Mahkamah kemudian menetapkan Isnin ini untuk menjatuhkan hukuman.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut, Yusof, 56, didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008.

Yusof didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat beliau bertugas di Bahagian Kawalan Aras 7, Jabatan Imigresen Malaysia, Blok 2G4, Presint 2, Putrajaya; di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang dan di Stesen Minyak Caltex, Jalan Pudu.

Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta yang sama.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, peguam Mohammed Azmi Mohd Said yang mewakili Yusof memohon supaya mahkamah memberi bon jaminan ke atas anak guamnya mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah walaupun hukuman yang diperuntukkan melibatkan pemenjaraan dan denda.

Mohammed Azmi berkata anak guamnya telah berkhidmat sebagai penjawat awam lebih 30 tahun dan akan menamatkan perkhidmatan dalam dua tahun lagi dan selepas dituduh pada 30 Ogos 2008, anak tertuduh meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Dalam kes ini, tertuduh telah menghadapi 14 pertuduhan dan isu berhubung kematian anak memberi tamparan yang amat hebat dalam hidup beliau," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi memohon supaya hukuman yang berat dikenakan dengan mengambil kira faktor kepentingan awam melebihi kepentingan individu.

"Tertuduh merupakan pegawai diplomatik yang sangat dihormati oleh pekerja bawahan di mana tertuduh dipanggil dengan gelaran 'Pak Usop', tetapi malangnya penglibatan beliau dalam kes ini merosakkan imej jabatan itu sendiri, bahkan reputasinya turut terjejas.

"Bak kata pepatah, harapkan pagar, pagar makan padi," katanya.

Pada 19 Okt lepas, Yusof diperintah membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Seramai 15 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dikemukakan sepanjang kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan