Bahasa Tubuh Lepaskan Penganggur Daripada Tuduhan Rogol

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bahasa tubuh seorang remaja yang mendakwa dirinya dirogol membawa kepada pembebaskan seorang penganggur yang didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut, lapan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob pada Rabu, melepas dan membebaskan Mohd Zal Aljefree Zambri, 26, selepas mendapati keterangan mangsa di mahkamah amat meragukan.

“Ini dapat dilihat pada bahasa tubuh badan mangsa selain keterangan saksi yang lain juga boleh dipersoalkan,” tambahnya.

Wan Mohd Norisham seterusnya mendapati, pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan untuk dijawab oleh Mohd Zal.

Mohd Zal yang tidak diwakili peguam dalam prosiding itu kelihatan tenang dan bersahaja menerima keputusan itu.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim.

Sebelum ini, Mohd Zal didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun yang dikenalinya, pada pukul 9 malam Julai 2002 dan 12.30 tengah malam, Oktober 2002 di sebuah rumah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan