Rakan Sejawat Tak Sangka Jenain Lepas Tembakan

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemandu kereta peronda yang dinaiki oleh Koperal Jenain Subi memberitahu bahawa, dia tidak menyangka rakan sejawatnya itu akan melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu pelajar tingkatan tiga, AminulRasyid pada malam dia mati ditembak.

Konstabel Mohamad Hafizd Mohd Yusof berkata, tembakan tersebut dilepaskan pada kira-kira pukul 1.20 pagi semasa kereta Proton Iswara BET 5023 yang dinaiki AminulRasyid dan rakannya, Mohd Azzamudin Omar berada dalam keadaan tidak dapat dikawal.

“Kereta tersebut dalam keadaan ke kanan dan ke kiri,” tambah saksi pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu.

Selain itu, dia yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-28 juga memberitahu, tumpuannya pada masa kejadian adalah terhadap pemanduan ekoran kereta Proton Iswara itu dibawa dalam keadaan yang agresif.

“Saya tidak tahu jika kereta itu terbabit dalam kejadian jenayah, tetapi keadaan kereta dipandu memang menggambarkan seolah-olah penjenayah,” tambahnya.

Bagaimanapun, Mohd Hafizd bersetuju dengan kenyataan Mohd Dusuki bahawa pemandu kereta itu tidak ada mengacukan senjata ke arah kereta peronda polis pada bila-bila masa.

Sementara itu, semasa disoal balas oleh peguam M.Athimulan, saksi mengakui cara pemanduan kereta itu menyebabkan dia berasakan seperti ‘ada sesuatu’ pada kereta tersebut.

“Saya pernah terlibat dengan kejadian mengejar kereta yang lain sepanjang saya bertugas, tetapi semuanya memberikan kerjasama dengan berhenti.

“Tetapi yang ini (kereta tersebut) tidak mahu berhenti langsung dan menghimpit kereta peronda saya,” tambahnya.

Perbicaraan Rabu juga menyaksikan salah seorang pengawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Ahmad Fauzi Mohd Zin dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-36.

Beliau memberitahu, telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan telefon memaklumkan terdapat anggota kereta peronda melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian pemandu kereta dalam satu kejadian kejar-mengejar.

Selain Jenain, seorang lagi anggota kereta peronda, Konstabel Izham Mahayadin juga melepaskan tembakan pada malam kejadian.

“Saya terus menghubungi unit forensik dan juga unit anjing pengesan kerana diberitahu penumpang kereta telah melarikan diri, tetapi gagal dikesan,” katanya.

Saksi turut dimaklumkan oleh unit forensik terdapat 22 kesan tembakan yang disebabkan sekurang-kurangnya 16 das tembakan yang terkena kereta.

Ahmad Fauzi menambah, dia mendaftarkan mayat AminulRasyid di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini untuk bedah siasat yang dilakukan Dr Khairul Azman Ibrahim pada pukul 2.30 petang dan berakhir tiga jam kemudian.

“Selepas tamat bedah siasat, saya diberitahu siasatan akan diambil alih oleh pegawai penyiasat daripada cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, ASP Abd Halim Ismail,” tambahnya.

Jenain, 48, dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2 antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan dihadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung 27 dan 28 Disember ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan