Saksi Kes Aminulrasyid Enggan Beri Kerjasama Ditegur Pendakwaan

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang saksi hari ini ditegur pihak pendakwaan supaya bekerjasama semasa memberi keterangan di mahkamah, dalam perbicaraan kes Aminulrasyid Amzah yang mati akibat ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11, April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar menegur Konstabel Mohamad Hafidz Mohd Yusof yang merupakan saksi pendakwaan dalam kes itu, yang kelihatan teragak-agak dan juga dilihat bertindak mendiamkan diri beberapa kali.

Mohamad Hafidz merupakan seorang anggota peronda, ditegur supaya tidak melewatkan prosiding ketika pihak pendakwaan mengemukakan soalan terutama melibatkan isu tembakan.

Melihat reaksi itu, Mohd Dusuki meminta supaya Mohamad Hafidz, 27, tidak cuba menyelindungi fakta walaupun membabitkan rakan setugasnya yang juga merupakan tertuduh iaitu Koperal Jenain Subi, 48, dalam kes itu.

Tindakan saksi pendakwaan ke-28 itu menyebabkan perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Latifah Omar terganggu.

Selepas beberapa kali ditegur, Mohamad Hafidz dilihat lebih tenang memberitahu mahkamah bahawa beliau telah melihat Jenain melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ketika kejadian di Jalan Tarian.

Jenain dilihat dalam posisi untuk menembak dengan mengeluarkan sedikit badan dan kepalanya keluar ke arah tingkap yang telah dibuka manakala tangan kirinya yang sedang memegang senjata api menghala ke bawah juga dikeluarkan.

"Saya tidak nampak dengan jelas kerana saya menumpukan perhatian terhadap pemanduan saya. Apa yang dilihat cuma sekali imbas kerana faktor pencahayaan di situ tidak begitu terang walaupun ada beberapa lampu jalan di situ.

"Jenain kemudian melepaskan 10 das tembakan ke arah kereta Iswara berwarna putih. Saya sedikit terkejut dengan bunyi tembakan itu," katanya ketika memberi keterangan di dalam prosiding perbicaraan Koperal Jenain yang didakwa menyebabkan kematian AminulRasyid.

Jenain, 48 didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa dia atau Jenain tidak diberikan sebarang arahan untuk menembak sebaliknya Jenain dikatakan mengambil inisiatif sendiri untuk melakukan tembakan itu.

Ketika ditanya apakah reaksi Jenain ketika membuat tembakan itu, beliau berkata: "Saya tidak pasti. Saya hanya tumpu kepada jalan dan kereta yang masih bergerak".

Beliau berkata selepas tembakan itu, kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid dilihat memperlahankan kelajuannya berbanding ketika awal kejadian. Kemudian kereta itu dilihat membelok ke kiri, sebelum bergesel dengan pokok sebelum terbabas melanggar tembok sebuah rumah di situ.

"Saya kemudian membuka pintu kereta itu dan melihat mangsa yang tidak sedarkan diri. Saya melihat Jenain cuba memeriksa keadaan mangsa dan melihat pengenalan diri dengan mengalihkan sedikit kedudukan mangsa ketika itu," katanya.

Terdahulu saksi pendakwaan ke-29, Koperal Azhar Hashim dalam keterangannya berkata, jika dalam keadaan seperti itu pihak polis tiada cara lain selain menembak untuk memberhentikan kelajuan kereta itu.

Azhar juga memberitahu tidak salah bagi seorang anggota polis melepaskan tembakan untuk memberhentikan sesebuah kereta yang kelihatan meragukan selain dipandu laju.

"Tiada cara lain walaupun membuat sekatan jalan kerana kereta Iswara itu dipandu dengan laju," katanya.

Dalam pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani, Azhar berkata berdasarkan pengalamannya sebagai anggota peronda, polis terpaksa berbuat demikian selepas gagal memintas kenderaan yang dipandu laju itu.

"Kami banyak kali cuba..dalam 10kali untuk memintas kenderaan itu bagaimana pun gagal kerana kereta itu juga menghimpit kami semula.

"Beliau berkata ketika kejadian, Aminulrasyid dilihat memandu kereta seperti 'zig zag' secara melulu yang membahayakan pengguna lain," katanya yang bersetuju dengan pendapat peguam bela tertuduh, M. Athimulan.

Perbicaraan bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan