Pegawai Polis Dibebas Dari Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa melepas dan membebaskan seorang pegawai polis daripada tuduhan menerima rasuah pada 2007.

Hakim Abu Bakar Khatar membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ASP Sydney Clyde, 48.

Pada 4 Feb 2009, Sydney mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersetuju menerima rasuah wang tunai RM2,000 daripada Mohd Khusaifil Che Rashid, sebagai dorongan untuk melepaskan Hoi Chee Kin, 28, daripada kesalahan menawarkan perkhidmatan seks.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Penolong Penguasa Polis, Tingkat 8, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 3.30 petang, 26 Okt 2007. Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan telah memanggil 14 orang saksi.

Sydney diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Yong Poh Yoke.

Sementara itu, Sydney yang dihubungi berkata beliau amat gembira dengan pembebasan itu dan berterima kasih kepada keluarga yang memberi sokongan kepadanya sepanjang perbicaraan.

"Setelah mahkamah mendengar keterangan saksi ternyata saya tidak terlibat sepertimana dipertuduhkan," katanya.

Beliau yang sebelum ini bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi akan kembali bertugas sebagai pegawai penyiasat di Bukit Aman setelah setahun tidak berkhidmat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan