26 Januari Dengar Permohonan Peguam Dapatkan Penghakiman Terhadap Raja Petra

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah pada 26 Jan untuk mendapatkan penghakiman terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin dalam saman fitnahnya terhadap penulis blog berkenaan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norazlin Othman menetapkan tarikh itu dalam kamar hari ini setelah menemui peguam Muhammad Shafee, S.Ravindran sementara J. Chandra, yang mewakili penulis blog itu, apabila kes tersebut dikemukakan untuk pengurusan kes.

Chandra memberitahu bahawa permohonan Muhammad Shafee akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara.

Beliau berkata Muhammad Shafee membuat permohonan itu mengikut Perintah 14A Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 untuk melupuskan saman tersebut berdasarkan perkara undang-undang yang mendakwa bahawa perkataan dalam artikel dan komen yang disiarkan dalam laman web Malaysia-Today adalah memfitnah.

Chandra berkata beliau memberikan hujah bahawa kertas mahkamah berkaitan pendengaran hari ini, sementara plaintif (Muhammad Shafee) akan memberikan hujah esok.

Pada Ogos 2008, Muhammad Shafee memfailkan saman itu terhadap Raja Petra, 58, kerana menyiarkan tiga artikel pada 6, 7 dan 11, Ogos 2008, bertajuk "Shafee Abdullah: Extraordinaire Sodomologis", "Wang, Kuasa dan Seks: Apa Yang Memberi Motivasi Kepada Lelaki" dan "Dalang Sebenar Di Sebalik Tuduhan Liwat Anwar" dalam laman web yang beliau katakan memfitnahnya.

Pada 13 Ogos, 2008, beliau memperoleh satu injunksi ex-parte daripada Mahkamah Tinggi memerintahkan Raja Petra mengeluarkan artikel itu serta komen mengenai artikel tersebut dari laman web.

Dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 15 Nov, 2008, Raja Petra menafikan bahawa ketiga-tiga artikel itu adalah palsu, malicious atau memfitnah peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan