Kes Benjy Disebut Semula 11 Januari 2011

Diterbitkan: Isnin, 13 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, berhubung dua pertuduhan memiliki dadah pada Mac lepas.

Majistret Hafizza Sauni menetapkan tarikh itu selepas peguam bela Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy memberitahu bahawa representasi yang diusulkan oleh pihaknya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum diterima.

Pada Oktober lalu, Amer telah mengusulkan representasi bagi memohon kepada pihak KDN untuk mempertimbangkan semula penahanan Benjy mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas).

Amer ketika ditemui pemberita berkata, pada Jumaat lepas pihaknya dijadualkan berjumpa dengan pihak KDN mengenai representasi itu, bagaimanapun beliau dimaklum pihak KDN telah membatalkan perjumpaan itu.

"Kami tidak diberitahu mengenai sebab pembatalan itu. Kami memohon satu tarikh sebutan semula sementara menunggu keputusan rayuan itu," katanya.

Mahkamah akan menetapkan tarikh bicara selepas keputusan representasi itu diperolehi.

Benjy, yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor, selama dua tahun dibicarakan terhadap dua pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram di sebuah rumah di Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah.

Benjy, 31, didakwa melakukan kesalahan itu di Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada 3 petang hari yang sama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan