Syarikat Milik Sosilawati Diperintah Patuhi Perjanjian Jual-Beli

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, syarikat milik jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, menjual tanah dan bangunan bernilai RM3 juta kepada sepasang suami isteri sepertimana yang dijanjikan.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar Jumaat, dengan dihadiri peguam syarikat Mohd Hadi Ar Rais Muhamad dan peguam Karena Tang Shiau Hui, yang mewakili Low Choong Yen, 59, dan isterinya, Lim Bee Geok, 52.

Keputusan itu merupakan hasil daripada permohonan pasangan suami isteri itu untuk mendapatkan penghakiman terus dan Zabariah turut menetapkan kos sebanyak RM15,000 terhadap syarikat itu.

Karena memberitahu pemberita bahawa dalam penghakimannya, Zabariah memerintahkan syarikat kosmetik itu menandatangani perjanjian jual beli dalam tempoh 14 hari bermula Jumaat.

Katanya syarikat itu juga perlu menjual hartanah terbabit kerana terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

Pada 5 Ogos lepas, Low dan Lim memfailkan saman terhadap syarikat terbabit kerana melanggar perjanjian pembelian harta berkenaan di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Saman itu dikemukakan 25 hari sebelum Sosilawati, 47 dan tiga yang lain - pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh di Tanjung Sepat, Banting.

Dalam saman itu, suami isteri itu mendakwa, menurut sepucuk surat tawaran ditandatangani Nouvelle Beauty Centre bertarikh 2 April, syarikat itu telah bersetuju menjual kepada mereka sebidang tanah seluas 144.9 meter persegi bersama bangunan pejabat empat tingkat di atasnya dengan nilai RM3 juta.

Mereka telah membayar deposit RM60,000 bila menandatangani surat tawaran dan baki deposit RM240,000 dibayar bila perjanjian jual-beli ditandatangani.

Low dan Lim mendakwa selepas perjanjian jual-beli ditandatangani, Nouvelle Beauty Centre, menurut sepucuk surat bertarikh 30 April, 2010, memberitahu mereka bahawa syarikat itu tidak berhasrat meneruskan jualan.

Low dan Lim memohon perisytiharan bahawa terdapat perjanjian jual-beli yang sah di antara mereka dan syarikat itu, dan injunksi bagi menyekat syarikat itu daripada menjual harta itu kepada mana-mana pihak lain. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan