Kes Saman Measat Didengar Secara Timbang Tara

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan supaya kes saman terhadap Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd akan didengar secara timbang tara.

Hakim Datuk Azahar Mohamed membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Measat untuk menangguhkan prosiding satu saman yang mendakwa ia telah melanggar satu 'perjanjian tidak boleh dedah'.

AV Asia Sdn Bhd, pembekal peralatan sokongan, menyaman Measat dengan mendakwa kononnya anak syarikat Astro itu telah mendedahkan maklumat sulit kepada Tele System Electronic, selaku defendan kedua.

Pada 28 September, AV Asia memfailkan saman terhadap Measat kerana dikatakan melanggar perjanjian tidak boleh dedah mengenai gangguan hujan, satu sistem yang direka bagi mengurangkan gangguan terhadap pemancaran satelit.

Azahar dalam penghakimannya berkata, walaupun tiada perjanjian timbang tara antara AV Asia dan Tele System Electronic, ia tidak bermakna kes terhadap Measat tidak boleh dibawa ke timbang tara.

"Perjanjian tidak boleh dedah" telah dipersetujui antara plaintif dan defendan pertama, jadi ia mestilah dihormati," kata hakim.

Dalam prosiding ini, Azahar turut membenarkan permohonan Measat untuk menangguhkan prosiding saman itu dan memerintahkan AV Asia untuk membayar kos RM10,000 kepada anak syarikat Astro itu.

Azahar juga menetapkan 26 Januari tahun depan untuk mendengar permohonan AV Asia untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus menggunakan maklumat sulit berhubung produk berdefinisi tinggi kepada Astro Beyond.

Permohonan Tele System Electronic untuk membatalkan saman itu juga akan didengar pada hari yang sama.

Pada prosiding itu, Measat diwakili peguam N. Navaratnan, AV Asia oleh peguam R.S.Sodhi dan Datuk Mohd Hafarizam Harun, dan Tele System Electronic oleh peguam Datuk C. Sri Kumar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan