Suami Isteri Kehilangan Dua Anak Dalam Tanah Runtuh Capai Persetujuan

Diterbitkan: Khamis, 9 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pasangan suami isteri yang kehilingan dua anak perempuan mereka dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Yam Perdana, Ulu Yam, dekat sini, dua tahun lalu akhirnya mencapai persetujuan untuk menyelesaikan di luar mahkamah saman RM1.1 juta yang difailkan terhadap sebuah syarikat pemaju kerana kecuaian.

Roslan Mohd Jani, 51, yang merupakan juruterbang Syarikat Penerbangan Firefly dan isteri, Azizah Madon 45, berkata, mereka berharap semua defendan yang dinamakan dalam saman tersebut juga akan menerima cadangan untuk menyelesaikan saman itu secara baik.

Persetujuan untuk menyelesaikan secara baik dimaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Soraya Othman pada Khamis, yang kemudiannya menetapkan 17 Disember depan untuk keputusan penuh saman tersebut.

Berdasarkan saman yang difailkan pada 6 Ogos 2008, pasangan tersebut menamakan pemaju, SAP Ulu Yam Sdn Bhd, Syarikat Jurutera Perunding, SLP Perunding Sdn Bhd, Yayasan Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai defendan-defendan.

Saman tersebut difailkan ekoran kematian dua anak mereka, Nur Athirah, 16, dan Nurintan Shereena, 9, yang tertimbus apabila tanah runtuh menghempap bahagian belakang rumah banglo kediaman mereka selama tujuh tahun semasa sedang tidur.

Pada kejadian itu, Roslan dan Azizah terselamat bersama tiga lagi anak iaitu, Norlisa Azira, 11, Anis Afina, 9, dan Norman Afiq, 7. Mereka menuntut ganti rugi kehilangan rumah dan tanah sebanyak RM582,000, gantirugi khas RM486,500 dan ganti rugi kesedihan serta kos pengkebumian sebanyak RM25,000.

Selain itu, mereka turut menuntut faedah sebanyak lapan peratus dari tarikh tuntutan dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, kejadian itu berlaku ekoran kegagalan, kecuaian dan kelalaian bersama atau berasingan pihak defendan dalam memastikan hartanah tersebut adalah selamat tanpa sebarang bahaya yang boleh menyebabkan tanah runtuh.

Pasangan tersebut diwakili peguam Abdul Rahman Azubir. Semasa ditemui, Azizah meluahkan rasa gembira kerana perkara tersebut hampir ke penghujungnya.

“Tiada jumlah wang yang dapat mengembalikan anak kami, tetapi kami rasa adalah penting untuk kami menyelesaikan kes ini.

“Setiap saat saya mengingati kedua-dua arwah dan trauma saya agak terubat dengan kehadiran anak bongsu, Norman Aqif yang baru berusia tujuh bulan,” katanya.

Azizah menambah, mereka masih menghadapi tekanan perasaan dan emosi serta trauma daripada kejadian tersebut.

Semasa ditanya mengenai jumlah wang yang dipersetujui, Azizah enggan mendedahkan nilai tersebut, tetapi hanya menyatakan ia tidak mencecah RM1.1 juta seperti saman asal.

Mengikut perancangan, mereka berhasrat untuk menggunakan wang itu bagi membeli rumah baru memandangkan kediaman lama telah diwartakan sebagai tidak selamat untuk diduduki oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Buat masa ini, mereka sekeluarga tinggal di rumah sewa jenis teres dua tingkat di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan