Bicara Ling Liong Sik 3 Mei

Diterbitkan: Rabu, 8 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan 3 Mei untuk perbicaraan kes penipuan RM1.08 bilion berkaitan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan tarikh itu selepas dipohon oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Ling bagi memberinya peluang meneliti segala dokumen.

Terdahulu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang mengetuai pihak pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan menyerahkan dokumen berkaitan bulan depan dan terdapat lebih 200 dokumen yang terlibat.

Ling, 67, yang juga bekas presiden MCA, menghadapi pertuduhan penipuan terhadap kerajaan Malaysia dengan mengelirukan kabinet mengenai pengambilan tanah untuk sebuah projek hab pengedaran mega di Pelabuhan Klang.

Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Terma-terma dalam perjanjian termasuk: a) saiz tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi; b) harga pembelian tanah RM25 satu kaki persegi yang berjumlah keseluruhan RM1,088,456,000; c) tempoh pembayaran balik berdasarkan "pembayaran tertangguh" 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600).

Ling dituduh menipu Kabinet dengan memberikan kebenaran untuk membeli tanah itu mengikut terma-terma dengan secara tidak jujur dan menyembunyikan fakta bahawa penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah, Kementerian Kewangan, bagi tanah itu adalah RM25 kaki persegi untuk tempoh pembayaran balik selama 15 tahun, termasuk kupon dan faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh pembayaran tersebut.

Dengan itu, beliau mendorong Kabinet untuk memberikan kebenaran dengan pembelian tersebut, sedangkan kabinet tidak akan memberikan kebenaran jika fakta-fakta telah dimaklumkan kepada jemaah menteri.

Menurut pertuduhan itu, penipuan dilakukan dengan diketahui beliau, yang boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan Malaysia, di mana beliau ada kepentingan dalam urusan berkaitan penipuan itu dan beliau terikat dengan undang-undang untuk melindunginya.

Ling didakwa melakukan kesalahan itu antara 25 Sept dan 6 Nov 2002 di Aras 4, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

Beliau juga menghadapi pertuduhan pilihan menipu kerajaan dengan mengelirukan kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek yang sama di tempat dan masa yang sama.

Mengikut pertuduhan pilihan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah pada Rabu, Ling diiringi isteri Toh Puan Ena Ling dan dua orang anak lelaki, Hee Liong dan Hee Keat.

Dalam prosiding yang bermula pada 9 pagi tadi, Ling mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan mahkamah membenarkan jumlah ikat jamin yang sama terhadapnya.

Pada 29 Julai lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya membenarkan beliau diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Turut membantu pihak pendakwaan ialah Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Dzulkfli Ahmad manakala peguam Datuk R. Rajasinggam turut mewakili Ling. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan