Mahkamah Tinggi Benarkan Syarikat Sosilawati Kemuka Pembelaan

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, syarikat milik allahyarham jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, boleh mengemukakan pembelaannya bagi menjawab dakwaan melanggar perjanjian dalam urusan jual beli harta bernilai RM3 juta.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof meluluskan permohonan membenarkan syarikat itu lanjutan masa untuk mengemukakan pembelaan dan affidavit jawapan terhadap saman difailkan oleh Low Choong Yen, 59, dan isterinya, Lim Bee Geok, 52, kerana melanggar perjanjian mengenai harta berkenaan di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Hakim membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak.

Peguam syarikat Mohd Hadi Ar Rais Muhamad memberitahu pemberita bahawa hakim mengarahkan syarikat itu mengemukakan pembelaan dan affidavit jawapan menjelang Rabu ini.

Mohd Hadi berkata plaintif telah juga mengemukakan permohonan bagi penghakiman summari atas alasan pihak pembelaan tidak mempunyai asas pembelaan terhadap saman itu.

Beliau berkata mahkamah akan mendengar permohonan itu pada Jumaat.

Pada 5 Ogos, Low dan Lim mengemukakan saman itu terhadap syarikat berkenaan, 25 hari sebelum Sosilawati, 47; dan tiga yang lain - pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh di Tanjung Sepat, Banting.

Dalam saman itu, mereka mendakwa, menurut sepucuk surat tawaran ditandatangani Nouvelle Beauty Centre bertarikh 2 April, syarikat itu telah bersetuju menjual kepada mereka sekeping tanah seluas 144.9 meter persegi, bersama bangunan pejabat empat tingkat di atasnya, dengan nilai RM3 juta.

Mereka berkata mereka telah membayar deposit RM60,000 bila menandatangani surat tawaran, dan baki deposit RM240,000 dibayar bila perjanjian jual-beli ditandatangani.

Low dan Lim mendakwa selepas perjanjian jual-beli ditandatangani, Nouvelle Beauty Centre, menurut sepucuk surat bertarikh 30 April, 2010, memberitahu mereka bahawa syarikat itu tidak berhasrat meneruskan jualan.

Low dan Lim memohon perisytiharan bahawa terdapat perjanjian jual-beli yang sah di antara mereka dan syarikat tersebut, dan injunksi bagi menyekat syarikat itu daripada menjual harta itu kepada mana-mana pihak lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan