Skandal PKFZ: Permohonan Singkir Peguam Pemerhati Ditolak

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas pengurus projek Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Law Jenn Dong gagal dalam percubaannya untuk menyingkirkan sebuah firma guaman daripada bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dalam perbicaraan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Mahkamah Sesyen Klang yang bersidang di sini, Asmadi Hussain pada Jumaat, membuat keputusan untuk menolak permohonan Law, 52, yang dinamakan sebagai tertuduh pertama dalam perbicaraan kes tersebut.

Law membuat permohonan untuk membatalkan kelayakan peguam daripada Tetuan Skrine & Co pada 22 November lalu atas alasan peguam tersebut yang dilantik untuk menganggotai pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat skandal PKFZ mempunyai maklumat sulit yang boleh memprejudiskan tertuduh.

Laporan yang disediakan oleh pasukan petugas khas tersebut juga dinyatakan telah menjadi asas Pengerusi LPK, Datuk Lee Hwa Beng untuk membuat laporan polisPermohonan juga dibuat atas alasan kemungkinan peguam firma tersebut dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan atas kapasiti mereka sebagai anggota pasukan petugas khas.

Permohonan Law turut disokong oleh dua lagi tertuduh, iaitu arkitek Bernard Tan Seng swee, 49, daripada BTA Architect dan Ketua Pegawai Operasi KDSB, Stephen Abok, 52.

Bernard diwakili peguam Datuk V.Sithambaram manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Stephen.

Pada Jumaat, Asmadi berkata, peranan yang dimainkan oleh firma guaman tersebut di dalam peasukan petugas khas itu adalah berbeza daripada peranan peguam pemerhati dalam sesebuah perbicaraan.

"Peguam pemerhati tidak boleh terlibat secara langsung. Mereka hanya boleh melihat perbicaraan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya terhadap tertuduh.

“Mereka tidak boleh mengemukakan soalan kepada saksi yang memberi keterangan mahupun terlibat dalam hujahan,” katanya.

Justeru itu, Asmadi memutuskan maklumat sulit tersebut seperti yang didakwa tidak mungkin dapat digunakan pada perbicaraan, selain tiada keterangan yang menyatakan firma guaman itu akan dipanggil sebagai saksi.

“Setakat ini, tiada keterangan yang menyatakan firma guaman tersebut adalah saksi penting di mahkamah. Oleh itu, permohonan untuk membatalkan kelayakan firma guaman tersebut ditolak,” tambahnya.

Tan kemudiannya memohon supaya permohonan kedua mereka, iaitu bagi menangguhkan prosiding mahkamah kerana tertuduh berhasrat memfailkan rayuan dan semakan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi.

Permohonan untuk menangguhkan prosiding dibantah oleh Ketua Unit Pelucukhakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Dzulkifli Ahmad yang mengetuai barisan pendakwaan.

Asmadi menetapkan hujahan bagi penangguhan itu dihujahkan oleh kedua-dua pihak selepas mahkamah mendengar permohonan yang difailkan oleh Stephen untuk menggugurkan semua 26 pertuduhan pilihan yang dikenakan terhadapnya.

Permohonan yang menamakan Pendakwa Raya sebagai responden ditetapkan untuk pendengaran pada 11 Januari depan.

Stephen memfailkan permohonan itu pada 29 November lalu selaras dengan Seksyen 173(g) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) dan berdasarkan afidavit sokongan yang diikrarkannya, dia menyatakan semua pertuduhan alternatif tersebut adalah tidak berasas.

Pada 11 Disember 2009, Stephen dan Bernard didakwa atas dua pertuduhan menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LKP) membabitkan tuntutan sebanyak RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 September 2007.

Bernard dan Law pula didakwa atas 24 pertuduhan menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB membabitkan dua projek besar di PKFZ, antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.

Pada 8 November lalu, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan terhadap semua tertuduh atas 24 pertuduhan menipu OSK Trustee Bhd yang membabitkan RM116.85 juta melibatkan dua projek besar PKFZ di PKFZ, Pulau Indah, Mukim Klang, dekat sini.

Bagaimanapun, semua mereka masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan alternatif tersebut.

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan