Pengawal Keselamatan Mengaku Bersalah Rogol Anak Kandung

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang pengawal keselamatan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebulan dalam satu kejadian di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh dekat sini pada 22 November lepas.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad menetapkan 11 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman.

Lelaki berusia 38 tahun itu dituduh melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang di kebun berkenaan, dan dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.

Dia yang tinggal di Felcra Lubok Sireh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sementara menunggu keputusan hukuman.

Menurut fakta kes, pada hari berkenaan tertuduh mengajak anak perempuannya itu mencari rebung di kebun tersebut dan apabila sampai di tempat kejadian telah mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum merogolnya.

Tertuduh juga telah mengugut mangsa agar tidak memberitahu sesiapa. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan