Pekerja Kontrak Didakwa Merogol

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Khamis, atas tuduhan merogol seorang remaja di bawah umur, empat hari lalu.

Mat Fozi Nok, 26, mengaku tidak bersalah dan memohon dirinya dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

Dia yang berasal dari Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun sebulan pada pukul 4 pagi, 28 November lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumahnya di Apartmen Julia, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bertubuh tegap itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Noora Nisa Ngadirin menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

“Pihak pendakwaan juga ingin memohon tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan untuk menganggu atau menghubungi mangsa,” tambah Wan Noora Nisa.

Bagaimanapun tertuduh merayu supaya jumlah tersebut dikurangkan kerana dia berasal daripada keluarga susah dan hanya memperoleh RM1,000 sebulan.

“Keluarga saya akan membayar jaminan,” tambahnya.

Hakim Hasbi Hasan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM7,000 dan menetapkan 4 Januari depan sebutan semula bagi lantikan peguam.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan