Pemandu Lori Pecah Amanah Dipenjara Setahun, Sebat

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi.

Itu perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan perbuatan seorang pemandu lori yang melakukan pecah amanah terhadap wayar kabel bernilai RM485,000 yang diletakkan di bawah tanggungjawabnya.

Perbuatan itu bagaimanapun membawa padah apabila Hakim Mahkamah Sesyen di sini, S.M Komathy memerintahkan supaya Zulkifli Saat, 41, menjalani hukuman penjara selama setahun bermula Khamis.

Komathy juga menjatuhkan hukuman sebatan sebanyak sekali terhadap tertuduh yang berasal dari Kepong, di sini.

Hukuman tersebut dijatuhkan di hadapan keluarga tertuduh, yang berada di galeri awam semasa prosiding mahkamah berjalan.

Tertuduh didakwa telah melakukan pecah amanah itu di Syarikat Jaya Cable Sdn. Bhd, di Lot 9590 Desa Aman, Sungai Buloh, dekat sini pada pukul 9.30 pagi, 19 April 2006.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam P.Selvaraj yang mewakili tertuduh merayu mahkamah untuk meringankan hukuman memandangkan dia telah mengaku bersalah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya P.Viknesvaran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh.

“Hukuman yang berat harus dijatuhkan kerana kejadian jenayah yang seumpamanya dilihat semakin meningkat,” tambahnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan