Bekas Pegawai Khas MB Selangor Diarah Bela Diri Tuduhan Tipu

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor,Mohd Yahya Mat Shari diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berhubung Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh memanggil Mohd Yahya Mat Shari untuk membela diri selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan untuk dijawab tertuduh.

Mohd Yahya, 43, didakwa menipu Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis tersebut yang diadakan bagi meraikan pemerintahan Pakatan Rakyat yang mencecah hari ke 100.

Perbuatan tertuduh sebagai pengarah sambutan itu didakwa telah mendorong Abdul Karim menyerahkan RM50,000 kepadanya di Gardenia Coffee House, Hotel Quality, Bangunan Perangsang di sini antara pukul 1 dan 3 petang, 4 Jun tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.

Pada prosiding Rabu, Azhaniz Teh juga melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk PKR di Maybank Berhad cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei tahun lalu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie.

Pertuduhan kedua dilakukan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Azhaniz Teh membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan yang diberikan oleh 28 saksi pendakwaan, termasuk Abdul Khalid yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-21.

Semasa itu, pemeriksaan utama terhadap Abdul Khalid dikendalikan sendiri oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Azhaniz Teh seterusnya menetapkan 16 dan 17 Februari depan untuk pembelaan yang dijangkakan akan mengemukakan lapan saksi.

Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Roziza Sidek manakala tertuduh diwakili peguam-peguam Ahmad Nizam Hamid dan T. Suresh.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan