Skandal PKFZ: Tertuduh Mohon Dilepas Dari Tuduhan Alternatif

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Stephen Abok yang terlibat dalam skandal projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memfailkan notis usul supaya dibebaskan daripada semua 26 pertuduhan alternatif terhadapnya.

Permohonan itu difailkan pada Isnin lalu dan dibawa ke pengetahuan Mahkamah Sesyen Klang yang bersidang di sini pada Rabu, oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Selaku pemohon, Stephen menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Stephen, 52, yang dinamakan sebagai tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes skandal PKFZ memfailkan permohonan untuk dilepaskan selaras dengan Seksyen 173(g) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

Tertuduh pertama dalam kes tersebut ialah bekas pengurus projek KDSB, Law Jenn Dong, 52, diikuti arkitek dari BTA Architect, Bernard Tan Seng Swee, 49,

KDSB merupakan pemaju bagi projek PKFZ manakala BTA Architect adalah syarikat yang dilantik sebagai perunding projek tersebut.

Pada afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Stephen, dia menyatakan semua 26 pertuduhan alternatif, iaitu bagi kesalahan memperdayakan OSK Trustee Bhd sehingga mendorong syarikat itu untuk membuat pembayaran ditawarkan oleh pihak pendakwaan pada 8 November lalu.

Bagaimanapun, Stephen yang dinasihatkan oleh peguamnya menyatakan bahawa semua pertuduhan alternatif itu adalah tidak berasas.

Dia seterusnya menyatakan, pada pengetahuannya OKS Trustee tidak pernah mengadu sama ada kepadanya atau KDSB bahawa mereka telah ditipu, sebaliknya mengeluarkan kenyataan bahawa tidak pernah menyedari apa-apa penipuan yang disiarklan di Financial Daily bertarikh 10 November lalu.

Pada prosiding Rabu, Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad yang mengetuai barisan pendakwaan mengesahkan permohonan tersebut diterima pada petang Isnin.

“Kami memohon diberikan masa untuk menjawab afidavit yang diikrarkan oleh tertuduh.

“Tetapi kami berharap ini adalah permohonan terakhir daripada pihak pembelaan dan jika boleh, diteruskan dengan perbicaraan,” katanya.

Hakim Asmadi Hussain menetapkan permohonan itu didengar pada 11 Januari depan.

Pada 11 Disember 2009, Stephen dan Bernard didakwa atas dua pertuduhan menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LKP) membabitkan tuntutan sebanyak RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 September 2007.

Bernard dan Law Jenn Dong pula didakwa atas 24 pertuduhan menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB membabitkan dua projek besar di PKFZ, antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan