Skandal PKFZ: Keputusan Singkir Peguam Pemerhati Jumaat ini

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Permohonan bekas pengurus projek Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Law Jenn Dong, yang terlibat dalam skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) untuk menyingkirkan firma guaman yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) daripada mendengar kes akan diputuskan pada Jumaat.

Hakim Mahkamah Sesyen Klang yang bersidang di sini, Asmadi Hussain menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan pihak-pihak yang terlibat dalam permohonan itu pada Rabu.

Law, 52, memfailkan permohonan itu pada 22 November lalu menerusi peguam Tan Hock Chuan.

Permohonan itu juga disokong oleh dua lagi tertuduh, iaitu arkitek Bernard Tan Seng Swee, 49, dari BTA Architect dan Ketua Pegawai Operasi KDSB Stephen Abok, 52.

Pada Rabu, Tan berkata, permohonan untuk menyingkirkan firma guaman Tetuan Skrine & Co dibuat ekoran peguam kanan firma itu telah dilantik untuk menganggotai pasukan petugas khas yang ditubuhkan dalam siasatan skandal PKFZ.

Menurut Tan, adalah jelas bahawa pasukan petugas khas tersebut telah menjalankan siasatan dan hasil siasatan itu telah menjadi asas kepada Pengerusi LPK, Datuk Lee Hwa Beng untuk membuat laporan polis yang seterusnya membawa kepada pertuduhan di mahkamah.

“Oleh itu, terdapat dua sebab mengapa firma berkenaan hilang kelayakan untuk mewakili LPK, iaitu kerana mereka mempunyai maklumat sulit dan kedua, terdapat kemungkinan mereka akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan,” katanya.

Peguam Bernard, Datuk V.Sithambaram pula berkata, sebagai pasukan petugas khas yang bebas, peguam kanan firma tersebut mempunyai laluan kepada semua dokumen.

“Sebagai badan khas, bagaimana mereka boleh datang ke mahkamah dan turut serta sebagai wakil kepada satu pihak,” katanya dan menambah keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan mestilah diutamakan dan dilindungi.

Peguam daripada Tetuan Skrine & Co, Leong Wai Hong pula menghujahkan bahawa alasan permohonan itu tidak mempunyai merit.

“Ini adalah satu kes jenayah antara tertuduh-tertuduh dengan Pendakwa Raya. Firma guaman itu tidak pernah mewakili mana-mana tertuduh mahupun KDSB.

“Alasan mungkin dipanggil sebagai saksi juga tidak mempunyai merit. Tetuan Skrine & Co bukan saksi material yang mempunyai kaitan secara langsung,” tambah Leong.

Sementara itu, Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad pula menyatakan pihaknya berpendirian neutral dalam permohonan tersebut.

“Pihak kami tidak menyokong atau membantah. Bagaimanapun, kami tegaskan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan kelayakan mana-mana peguam daripada menghadiri prosiding.

“Kami juga tegaskan bahawa keputusan untuk menuduh tertuduh tidak berasaskan kepada laporan pasukan petugas khas, sebaliknya atas keterangan dan siasatan polis,” katanya.

Dzulkifli menambah, pihaknya hanya akan membantah sekiranya permohonan kedua Law iaitu untuk menggantungkan prosiding jika keputusan mahkamah tidak menyebelahinya kerana akan memfailkan semakan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

“Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melengah-lengahkan prosiding mahkamah,” tambahnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan