Kes Bekas MP Labuan: Pejabat Peguam Negara Aakan Kemuka Rayuan

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara telah mengesahkan akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengetepikan hukuman denda RM10,000 terhadap bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abd Rahman kerana gagal mengisytiharkan statusnya yang muflis kepada pihak bank 14 tahun lepas ketika menjadi penjamin dalam satu permohonan pinjaman perumahan.

Ketuanya, Datuk Kamaludin Md Said memberitahu bahawa rayuan itu akan difailkan sebaik sahaja menerima nota prosiding daripada Mahkamah Tinggi berkenaan.

Pada 27 September lepas, Suhaili terlepas daripada hukuman denda RM10,000 atau penjara sebulan yang dijatuhi Mahkamah Sesyen selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif pada 10 Mac.

Mengikut kertas pertuduhan, Suhaili tidak memaklumkan pihak Malayan Banking Bhd bahawa dia seorang muflis pada 3 April 1996, ketika menjadi penjamin dalam borang permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM10,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 oleh Syarikat Saraequity Sdn Bhd, untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 109 (1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Stephen Chung berkata, wakil rakyat itu dijadikan mangsa apabila didakwa setelah sekian lama bebas daripada status muflis, iaitu pada 1997. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan