Wanita Bebas Tuduhan Gigit, Cakar Muka Jiran

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ibu kepada empat orang anak dibebaskan daripada tuduhan menyebabkan kecederaan serius dengan cara mengigit jari dan mencakar muka jirannya selepas Mahkamah Majistret di sini Selasa, berpendapat perbuatan itu dilakukan untuk mempertahankan diri.

Majistret Aishah Hijriah Arshad berpendapat tindakan R.Ravi, 46, adalah untuk mengelakkan diri daripada terus diancam oleh jirannya, K.Nayaspuri, 56, dalam satu perselisihan faham yang berlaku antara mereka.

Bagaimanapun, Ravi diarahkan untuk menjelaskan denda RM6,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama 9 bulan bermula Selasa, selepas Aishah Hijriah mendapatinya bersalah atas tuduhan mengugut Nayaspuri.

Ravi didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 6.40 pagi, 21 Disember 2005, di hadapan rumah Jalan 10/3, di sini.

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, Ravi memohon supaya mahkamah mempertimbangkan keadaannya yang menjaga seorang suami yang tidak bekerja dan ia merupakan kesalahannya kali pertama.

Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan