Tukang Cuci Dipenjara Kurung, Cederakan Penuntut Kolej

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang tukang cuci wanita dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah melarikan, mengurung dan mencederakan seorang penuntut lelaki sebuah kolej swasta, empat tahun lepas.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membuat keputusan itu selepas mendapati P.Indrani, 56, yang diwakili peguam V.Samynathan, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Aishah berkata mahkamah mendapati keterangan Indrani dalam pembelaannya adalah bersifat penafian semata-mata tanpa sokongan dan ia tidak dapat menyangkal kes pendakwaan.

"Tiada sebab untuk mangsa mereka-reka cerita kerana mangsa tidak pernah melihat tertuduh sebelum ini, dan mangsa tidak ragu-ragu untuk mengecam tertuduh ketika pengecaman dilakukan," katanya.

Indrani yang bekerja di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, didakwa melarikan Mohamed Nor Haja Najimuddin, 23, dengan niat mengurungnya, di depan Kolej Olympia, Jalan Barat Petaling Jaya pada 12.30 tengah hari, 18 Julai 2006.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu bersama beberapa orang yang masih bebas mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Indrani dan rakannya didakwa mencederakan Mohamed Nor dengan sebilah sabit dan puntung rokok di tempat, waktu dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara selama 15 bulan bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun, Indrani diperintah menjalani kedua-dua hukuman secara serentak mulai hari ini.

Mahkamah turut membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jumlah jaminan tertuduh daripada RM4,500 kepada RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Sepanjang perbicaraan kes itu, seramai tujuh saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala pembelaan mengemukakan empat saksi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan