Ibu Empat Anak Didenda RM6,000 Kerana Ugut Jiran

Diterbitkan: Selasa, 30 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ibu empat anak didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah mengugut jirannya dalam satu pergaduhan, lima tahun lepas.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membuat keputusan selepas mendapati R.Ravi, 46, yang diwakili peguam Annou Xavier, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ravi didakwa melakukan kesalahan itu terhadap K.Nayaspuri, 56, di depan rumah bernombor 16, Jalan 10/3, Petaling Jaya di sini pada 6.40 pagi, 21 Disember 2005, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dia dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan Nayaspuri di tempat, masa dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Aishah membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan Ravi bahawa dia mencakar muka serta menggigit jari Nayaspuri bagi mempertahankan dirinya ketika diserang, adalah munasabah.

"Isu siapa yang memulakan pergaduhan itu tidak timbul kerana tiada keterangan daripada mana-mana saksi, sama ada pendakwaan atau pembelaan, yang nampak kejadian itu dan sekiranya ada saksi yang nampak pergaduhan itu, semestinya pergaduhan itu akan dileraikan," katanya.

Sepanjang perbicaraan, seramai tujuh saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.

Suami Ravi membayar denda itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan