Bapa Nurin Selesai Kes Saman Di Luar Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 29 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak-pihak yang terlibat dalam saman cuai yang dikemukakan oleh Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin Jazlin yang mati dibunuh, terhadap polis dan kerajaan, hari ini bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Harmindar Singh Dhaliwal pada Isnin merekodkan penyelesaian itu dalam kamarnya dengan kehadiran peguam Siti Natasha Basheer Hassan yang mewakili Jazimin, dan Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom bagi defendan.

Sebelum ini, kedua-dua pihak telah melalui proses mediasi bagi menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Zureen Elina memberitahu pemberita bahawa plaintif telah menarik balik saman terhadap keempat-empat defendan tanpa kebenaran memfailkannya semula, dan tidak ada perintah mengenai kos.

Ditanya mengenai terma penyelesaian, beliau berkata ia tidak boleh didedahkan.

Jazimin, 35, seorang pekerja di sebuah syarikat keselamatan, menyaman ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Petaling Jaya dan Kerajaan Malaysia yang didakwa cuai sehingga menyebabkan gambar bedah siasat anaknya disebarkan di Internet.

Pada 29 Januari lepas, Jazimin dibenar memasukkan nama Lans Koperal Amran Arifin sebagai defendan kelima selepas pernyataan pembelaan defendan lain menunjukkan beliau yang mengedarkan gambar itu.

Pada 22 Julai lepas, Jazimin memperoleh penghakiman engkar terhadap Amran kerana gagal memfailkan notis kehadiran selepas saman diserahkan kepadanya pada 18 Mei lepas.

Menerusi saman yang difailkan 21 Ogos 2008, Jazimin menuntut ganti rugi dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah kerana mendakwa gambar tersebut bukan untuk tatapan umum tetapi untuk siasatan kes anaknya.

Nurin Jazlin, 8, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas dia pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Dua puluh tujuh hari kemudian, mayatnya ditemui dalam sebuah beg gimnasium di depan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48 di Petaling Jaya dan laporan bedah siasat mendedahkan dia didera secara seksual.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan