AminulRasyid Pandu Laju, Himpit Penunggang Motosikal

Diterbitkan: Isnin, 29 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang saksi cedera di kedua-dua belah tangan dan lutut apabila dia terpaksa menjatuhkan diri daripada motosikal yang ditungganginya bagi mengelakkan daripada dihimpit oleh kereta Proton Iswara yang dipandu AminulRasyid Amzah pada malam dia didakwa ditembak anggota polis peronda.

R Lokman Hakim R Daly, 23, memberitahu, kejadian tersebut berlaku semasa dia dan dua kawan mengejar kereta itu yang telah melanggar kereta Toyota Celica milik rakan mereka di Restoran Ali's Corner, Seksyen 7 di sini, pada jam 12.15 tengah malam, 26 April lalu.

Saksi pendakwaan ke-32 itu menambah, dia dan rakan-rakan yang sedang minum segera menghidupkan enjin motosikal masing-masing, iaitu dua buah motosikal Yamaha dan sebuah motosikal berkuasa tinggi Kawasaki untuk mengejar kereta Proton Iswara bernombor pendaftaran BET 5023.

“Kami kejar untuk mendapatkan ganti rugi. Pelanggaran itu mengakibatkan bumper hadapan kereta Toyota Celica terjatuh sedikit," katanya di Mahkamah Sesyen di sini Isnin.

Menurut saksi yang disoal pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Adilla Ahmad, kereta tersebut dipandu dalam keadaan yang laju menuju ke Seksyen 8, Seksyen 9 dan juga ke Bulatan Kayangan.

“Kelajuan motosikal saya adalah antara 120 km/j dan saya anggarkan kereta itu mungkin dipandu selaju 100 km/j kerana ada perbezaan antara meter motosikal dan kereta.

“Kami ada melalui kira-kira lima atau enam lampu isyarat dan waktu itu semua lampu isyarat tersebut bewarna merah,” kata R Lokman Hakim.

Dia yang mengangkat sumpah pada pukul 4 petang Isnin, menambah, kereta yang dinaiki oleh AminulRasyid dan rakannya, Mohd Azzamuddin Omar cuba menghimpitnya semasa dia cuba memotong kereta terbabit yang mula perlahan kerana jalan berbukit di Persiaran Dato Menteri.

“Saya ingin memotong untuk melihat siapakah yang memandu dan saya telah dihimpit hingga ke kanan jalan. Saya jatuhkan badan bagi mengelakkan diri daripada jatuh terkena pembahagi jalan. Saya terjatuh.

“Kereta terus memecut pergi dan rakan-rakan yang turut mengejar kereta tersebut datang membantu saya. Saya cedera di kedua-dua tangan dan sedikit di bahagian lutut,” katanya yang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Selangor, Seksyen 20, di sini.

Saksi membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Seksyen 11, pada pukul 3.30 pagi, hari yang sama.

Disoal mengenai pemandu kereta, R Lokman Hakim memberitahu, dia hanya melihat dari bahagian sisi kereta dan didapati pemandu dan penumpang kereta adalah lelaki.

“Pada pemerhatian, saya anggar mereka berusia 13 tahun kerana nampak macam budak,” tambahnya.

Dalam kes tersebut, seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi, 48, dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Bagi kesalahan itu, Jenain dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Selain Adilla, pendakwaan juga dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd Ghani dan Siti Rohaida Che Hamid manakala barisan pembelaan dibarisi peguam-peguam M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar.

Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung Selasa

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan