Pekerja Ladang Dipenjara Tiga Tahun Kerana Menyerang Seorang Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 26 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini Jumaat menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang pekerja ladang warga Indonesia kerana menyerang seorang wanita, pertengahan bulan ini.

Hakim Dean Wayne Daly membuat keputusan itu selepas tertuduh, Nawa Rodding, 36, mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, mangsa Risnawati Idrus, 20, sedang membasuh kain di kuarters pekerja di Jalan Teku kira-kira 3.30 petang 18 November apabila Nawa tiba-tiba menyerangnya menggunakan batang besi, mengakibatkan wanita itu cedera di belakang dan kaki kirinya.

Nawa menyerang Risnawati kerana menghalang anak-anak saudara tertuduh daripada bermain air dan berbuat bising.

Tertuduh yang ditahan oleh beberapa pekerja lain selepas insiden itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Satu batang besi berukuran 50sm turut dirampas.

Siasatan menunjukkan tertuduh sengaja menyebabkan kecederaan serius di belakang dan kaki kiri mangsa menggunakan senjata yang boleh membawa maut.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan