Mahkamah Persekutuan: Tuanku Ismail Tiada Hak Rujuk

Diterbitkan: Jumaat, 26 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk merujuk persoalan berhubung Undang-Undang Perlembangan Tubuh Kerajaan negeri tersebut memandangkan baginda bukan lagi Sultan akibat kehilangan upaya.

Panel Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada Jumaat memutuskan bahawa, hanya ada seorang sahaja individu yang boleh bergelar Sultan dalam sesuatu tempoh masa.

“Pempetisyen telah kehilangan upaya tidak boleh menjalankan kuasa seorang Sultan melainkan jika baginda telah sembuh,” kata Hakim Zulkefli dalam menolak dua petisyen yang difailkan oleh Tuanku Ismail Petra terhadap anakanda sulungnya, Tuanku Muhammad Faris Petra yang sekarang memakai gelaran Sultan Muhammad V dan Kerajaan Kelantan.

Tuanku Ismail Petra gering sejak Mei tahun lepas dan pada 13 September lalu, Tuanku Muhammad Faris yang bertindak sebagai Pemangku Sultan telah dimahsyurkan sebagai Sultan dan dikenali sebagai Sultan Muhammad V.

Hakim Zulkefli juga berkata, Tuanku Muhammad Faris Petra selaku Pemangku Sultan adalah satu-satunya individu yang layak untuk menjalankan kuasa sebagai Sultan seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan sehingga Tuanku Ismail Petra sembuh.

“Pempetisyen (Sultan Ismail Petra) hanya boleh menjalankan kuasa sebagai Sultan apabila kembali ke Kelantan dan mengambil alih semula tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri. Fakta di hadapan kami, pempetisyen tidak berbuat demikian selepas baginda pulang ke Kelantan pada Mac lalu.

“Sebaliknya, pempetisyen masih kehilangan upaya dan responden pertama (Tuanku Muhammad Faris Petra) kekal bertindak sebagai Sultan. Sehubungan itu, pempetisyen tidak dibenarkan untuk menjalankan tugas sebagai Sultan dalam kewujudan Pemangku Sultan,” katanya.

Hakim Zulkefli bersidang bersama Datuk Seri Md Rauf Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Sehubungan itu, mahkamah tertinggi negara memutuskan bahawa Tuanku Ismail Petra tidak mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Negeri bagi merujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan mengenai kuasa seorang Pemangku Raja semasa Sultan kehilangan keupayaan.

Keputusan itu sekali gus membenarkan isu awal bidang kuasa yang dibangkitkan oleh Sultan Muhammad.

Selain itu, Hakim Zulkefli juga berkata, tiada perbezaan terhadap Tuanku Muhammad Faris Petra dalam menjalankan tugas sebagai Pemangku Sultan atau Sultan, tidak kira sama ada baginda dilantik sendiri oleh Tuanku Ismail Petra mahupun oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN).

“Peruntukkan Perkara 22A(3) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kelantan (Bahagian Kedua) memperuntukkan MPN untuk melantik seorang Sultan dalam situasi berlaku ketidakupayaan Sultan.

“MPN hanya menjalankan tugasnya dan dalam konteks ini adalah salah untuk pempetisyen membuat perbezaan terhadap status seorang Sultan yang dilantik oleh Sultan sedia ada dengan Sultan yang dilantik oleh MPN,” kata Hakim Zulkefli.

Tuanku Ismail Petra memfailkan petisyen itu pada 5 Mei dan 22 Jun lalu.

Dalam petisyen pertamanya, Tuanku Ismail Petra meminta Mahkamah Persekutuan memutuskan dua isu iaitu:

a) sama ada Pemangku Raja di Kelantan, semasa ketidakupayaan Sultan, berhak mengambil alih kuasa penuh Sultan dan bertindak seolah-olah Sultan bukan lagi raja pemerintah di negeri berkenaan;

b) sama ada Pemangku Raja, semasa ketidakupayaan Sultan, mempunyai kuasa atau autoriti:

i) untuk menyingkirkan mana-mana anggota Majlis Perajaan Negeri yang dilantik Sultan.

ii) untuk melantik orang lain menggantikan anggota yang disingkir dalam Majlis Perajaan Negeri tersebut.

Dalam petisyen kedua pula, baginda meminta Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan berhubung kebebasan asas seorang Sultan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan