Pemilik Stesen Minyak Mengaku Tidak Bersalah Atas Tiga Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pemilik stesyen minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga tuduhan rasuah kepada beberapa anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos dan September lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Ngoh Keh Heng, 41, didakwa secara rasuah memberikan suapan wang tunai berjumlah RM15,000 sebagai dorongan kepada pembantu penguatkuasa KPDNKK, Mohd Noraz Abdul Aziz yang bertugas di pejabat KPDNKK Ipoh di sini untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana menyimpan minyak diesel bersubsidi secara haram.

Pertuduhan kedua pula, Ngoh didakwa secara rasuah menawarkan suapan wang tunai berjumlah RM8,000 - RM2,000 setiap seorang - sebagai dorongan kepada anggota KPDNKK iaitu Mohd Noraz, Mohd Khairil Akhtar Ahmad, Noor Hisham Abdul Aziz serta seorang pegawai SPRM Mohd Ridzuan Shaari untuk tidak mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam pejabat Stesen Minyak BHP Min Aun Trading yang beralamat di Lot 2116, Batu 12, Segari, Jalan Pantai Remis dekat sini kira-kira 12.45 tengah hari pada 5 Ogos lepas.

Selain itu, pemilik stesen minyak itu turut dituduh secara rasuah memberi suapan wang tunai berjumlah RM4,000 - dengan RM500 setiap seorang bagi bulan Ogos dan September - sebagai dorongan kepada keempat-empat pegawai kerajaan itu untuk tidak mengambil tindakan undang-undang bagi hal yang sama.

Ngoh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam Coffee House Hotel Ipoh City yang beralamat 18, Jalan Duss di sini pukul 7.30 malam, 24 September lepas.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Ngoh yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, dan denda tidak lebih lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Hakim Tan Hooi Leng membenarkan pemilik stesen minyak itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut semula pada 17 Disember ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan