Pemilik Gudang Dituduh Rasuah Pembantu Penguatkuasa KPDNKK

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pemilik gudang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi rasuah kepada Pembantu Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Bukit Kayu Hitam pada 11 Oktober lepas.

Cheah Woon Yong, 34, dituduh memberi suapan iaitu wang tunai sebanyak RM3,000 kepada Mohd Khairul Hafieza Mat Hassan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu satu kesalahan di bawah Sekyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dia dituduh memberi suapan itu antara 4.30 hingga 5.30 petang di premis No. 7, Gudang PKNK, Bukit Kayu Hitam pada tarikh tersebut.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta SPRM 2009 iaitu penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim mencadangkan sebanyak RM10,000 sebagai wang jaminan dengan seorang penjamin tetapi tertuduh merayu jaminan sebanyak RM5,000. Hakim Norsharidah Awang kemudiannya menetapkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 9 Januari tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan