Bekas Pengerusi Saman Pos Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Disember ini untuk pengurusan kes saman Tan Sri Adam Kadir terhadap Pos Malaysia Berhad dan dua yang lain berhubung pemecatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Pos Malaysia Berhad, dua tahun lepas.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Adam, peguam Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie yang mewakili Pos Malaysia Berhad dan peguam persekutuan Najwa Bistaman yang mewakili Menteri Kewangan Malaysia dan Kerajaan Malaysia.

Najwa, ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa tarikh itu ditetapkan bagi membolehkan kedua-dua pihak iaitu plaintif dan defendan memfailkan pembelaan masing-masing.

Dalam saman yang difailkan pada 22 Oktober lepas, Adam, 68, memohon deklarasi bahawa penamatan atau pemecatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif syarikat itu oleh defendan ketiga iaitu Kerajaan Malaysia melalui defendan kedua (Menteri Kewangan Malaysia) adalah satu pemecahan kontrak yang tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa penamatan dan pemecatannya adalah tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Adam memohon beliau dibayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau.

Menerusi pernyataan tuntutan itu, Adam yang dilantik sebagai pengerusi eksekutif syarikat itu untuk tempoh dua tahun bermula 1 Mac 2005 mendakwa beliau dimaklumkan bahawa defendan ketiga telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya selama setahun berkuatkuasa pada 1 Mac 2008, sehingga berakhirnya tempah masa pelantikan iaitu pada 28 Februari 2009.

Namun, katanya, beliau dimaklumkan bahawa pengerusi bukan eksekutif Pos Malaysia Berhad yang baru akan dilantik mulai 1 Jun 2008 melalui surat bertarikh 26 Mei 2008 yang ditandatangani oleh defendan kedua bagi pihak defendan ketiga, sedangkan kontrak pelantikannya masih hidup.

Beliau berkata penamatan atau pemecatan jawatan pengerusi bukan eksekutif syarikat itu adalah satu pemecahan kontrak yang tidak sah kerana berdasarkan kontrak yang dipersetujui antara defendan ketiga dan plaintif, defendan kedua dan ketiga bertanggungjawab untuk membenarkan plantif memegang jawatan itu sehingga 28 Februari 2009.

Plaintif juga menegaskan bahawa pemecatannya adalah tidak sah kerana beliau mempunyai jangkaan yang sah untuk memegang jawatan tu sehingga tamat kontraknya pada 28 Februari 2009 sepertimana yang dijanjikan dan dipersetujui oleh defendan kedua dan ketiga.

Selain itu, Adam mendakwa tiada sebarang alasan munasabah diberikan mengenai pemecatannya.

Sepanjang penamatan dan pemecatan itu, beliau mendakwa telah menanggung kerugian antaranya kehilangan elaun pengerusi sebanyak RM90,000 bermula dari 1 Jun 2008 hingga 28 Februari 2009, kehilangan penginapan hotel di peringkat domestik dan antarabangsa pada jumlah RM10,000 sebulan dan kehilangan elaun perjalanan (tiket terbang kelas pertama bagi plaintif dan tiket kelas perniagaan bagi isteri plaintif) berjumlah lebih kurang RM160,000. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan