Anwar Mahu Hakim Kes Liwatnya Undur Diri Secara Sukarela

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri secara sukarela daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya. Peguam utama beliau Karpal Singh dalam penghujahannya berkata anak guamannya, Anwar, serius memberikan perhatian bahawa ada terdapat berat sebelah jika hakim itu terus mendengar perbicaraan tersebut. Karpal Singh mempertikaikan bahawa Anwar tidak akan diberikan perbicaraan yang adil jika hakim itu kekal mendengar kes tersebut.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri.

Permohonan pertama telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri atas alasan bahawa hakim tersebut telah menggugut peguamnya pada Isnin lepas, walaupun hakim berkenaan telah menarik ugutan itu, Anwar berkata terdapat sikap berat sebelah jika hakim berkenaan terus mendengar kesnya.

Ketua pembangkang itu mendakwa bahawa hakim berkenaan telah memberitahu peguamnya bahawa permohonannya agar beliau menarik diri boleh menghina mahkamah, di mana peguam beliau berkata hakim berkenaan telah mengugutnya.

Anwar juga memfailkan permohonan atas alasan bahawa hakim itu telah memberikan tafsiran berbeza dengan keputusan Mahkamah Agung 1993 berkaitan peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan dalam keputusannya yang menafikan Anwar akses pada nota klinikal Mohd Saiful Bukhari kepada pembelaan. Karpal Singh dalam penghujahan mempertikaikan bahawa mengikut Kod Etika Hakim 2009, hakim itu boleh dikenakan proseding disiplin jika beliau didapati berat sebelah atau prejudis apabila mengendalikan sesuatu kes.

Sebagai contoh kes bekas hakim Mahkamah Tinggi Datuk K. C Vohrah yang menarik diri secara sukarela dalam mendengar satu perbicaraan selaras dasar awam, bahawa Hakim Mohamad Zabidin perlu berbuat demikian.

"Ada keperluan dalam kes ini, bagi kita, untuk mendesak Yang Arif secara sukarela mengundurkan diri atau menarik diri daripada mendengar kes ini.

"Undang-undang adalah jelas jika ada bahaya sebenar berat sebelah, hakim berkenaan hendaklah menarik diri," kata beliau.

Karpal Singh memberitahu hakim itu bahawa perbicaraan kes liwat Anwar diperhatikan oleh seluruh dunia dan sistem perundangan kita juga dalam perbicaraan yang disebabkan kes ini.

Katanya Ini dibuktikan dengan kehadiran wakil kedutaan asing sebagai pemerhati dalam perbicaraan ini.

Mahkamah akan mendengar pendakwaan untuk menjawab hujah-hujah Karpal Singh pada Jumaat.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah bahawa Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin yang mengetuai pendakwaan, sakit dan pasukan itu perlu mendapatkan arahan daripada pegawai atasannya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan