Uthayakumar Fail Notis Mohon Isytihar Akta Hasutan Tidak Sah

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peguam hari ini memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini untuk memohon perintah bahawa Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah menurut fasal 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

P.Uthayakumar, 49, turut memohon agar pertuduhan terhadapnya mengikut akta itu digantung atau dibatalkan.

Notis usul itu difailkan melalui Tetuan Kumar Hashimah & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.

Menerusi afidavit sokongan, beliau mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah suatu pertuduhan selektif yang mengancam dan menghukum individu yang mengkritik kerajaan secara aman sepertinya.

Uthayakumar pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kini merupakan setiausaha agung Parti Hak Asasi Malaysia.

Beliau telah dituduh mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen pada 11 Disember 2007 dan perbicaraan kes itu akan disambung pada 29 dan 30 November ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan