Pemandu Lori Beri Rasuah Pegawai KPDNKK Dipenjara Dua Tahun

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini, Rabu, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 terhadap seorang pemandu lori sambilan kerana memberi rasuah RM2,000 kepada seorang petugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Ogos lepas.

Hakim Noor Hayati Mat membuat keputusan itu selepas Sofli Ahmad, 33, dari Jalan Pengkalan Baharu, Pantai Remis dekat sini, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang pertama kali dibacakan di mahkamah di sini.

Sekiranya gagal membayar denda RM10,000 itu mahkamah memerintahkan supaya Sofli dihukum penjara enam bulan.

Sofli mengaku memberi suapan itu kepada Mohd Fairul Izwan Mohd Fadzir sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana kesalahan menyimpan minyak diesel bersubsidi tanpa lesen.

Kesalahan itu dilakukan di Kilometer 55, Jalan Pengkalan Bahru, Pantai Remis pada 6 Ogos lepas pukul 1 pagi.

Sofli, yang tidak diwakili peguam, merayu supaya mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara dan memohon jumlah denda dikurangkan kerana dia sudah berkahwin dan mempunyai lima anak.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya.

Di ALOR SETAR, seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Bukit Kayu Hitam pada 11 Oktober lepas.

Zulkifli Ibrahim, 45, dituduh memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada Mohd Hashim Mat Daud sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, antara 5 dan 5.30 petang di AW Utara Sdn Bhd, Lot 215-18, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam.

Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia Kedah Abdul Ghani Darus mencadangkan Zulkifli diikat jamin sebanyak RM10,000 dan tertuduh bersetuju untuk membayar.

Hakim Mohd Sabri Ismail kemudiannya membenarkan Zulkifli diikat ikat jamin RM10,000 dan menetapkan 26 Disember ini untuk sebutan kes supaya tertuduh dapat melantik peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan