PKR Hanya Akan Isytihar Keputusan Pemilihan Ahad Ini

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya akan mengumumkan keputusan pemilihan Timbalan Presiden pada Kongres Kebangsaan parti yang dijadualkan Ahad ini.

Ia berikutan jaminan yang diberikan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa pemenang jawatan tersebut tidak akan diisytiharkan sehingga tiba hari berkenaan.

Peguam James Khong yang mewakili bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. Jenapala yang memohon mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden parti itu berkata, perkara itu selaras dengan perlembagaan PKR yang menyatakan pemenang pemilihan hanya akan diumumkan pada Kongres Kebangsaan parti.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Kuasa Khas) tidak akan mendengar permohonan injunksi Jenapala yang dijadualkan empat hari sebelum kongres berkenaan.

Sebaliknya, mahkamah akan mendengar permohonan bagi mendapatkan pengisytaran bahawa Jenapala layak bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu pada petang Khamis ini yang difailkan seminggu sebelum itu.

Permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim mahkamah yang sama di sini, Datuk Aziah Ali.

Sebelum ini, media dimaklumkan bahawa permohonan itu akan didengar pada hari ini.

Pada Khamis lalu, Jenapala, 56, memfailkan saman pemula untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding dengan menamakan tiga defendan iaitu, Wan Azizah, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail.

Semua defendan diwakili oleh peguam-peguam Razlan Hadri dan Ranjit Singh.

Berdasarkan saman pemulanya, Jenapala yang menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR sejak awal 2008 sehingga Disember tahun yang sama mendakwa, dirinya wajar mendapat hak itu kerana keahliannya adalah untuk seumur hidup.

Jenapala juga mendakwa, kenyataan media oleh Saifuddin pada 20 September lalu bahawa beliau telah dibuang daripada daripada parti adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti pada 17 September lalu.

Beliau juga mendakwa, tidak pernah dimaklumkan oleh parti berhubung penguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan displin yang dikenakan terhadapnya.

Semasa itu, beliau turut memohon untuk mendapatkan perintah injunksi interlokutori bagi menghalang semua defendan daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih bagi jawatan tersebut.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan